Terma dan Syarat


Terma dan Syarat Tempahan dan bayaran


PPT menjalankan perniagaan secara "online" dan PPT menerima tempahan secara PRE-ORDER. Sila baca pernyataan di bawah dan sekiranya anda faham dengan pernyataan tersebut, sila buat pembayaran dahulu untuk pengesahan tempahan. Pembayaran yang dibuat menandakan anda setuju dengan terma dan syarat oleh pihak PPT.


PRE-ORDER

  1. Konsep Pre-Order adalah di mana pelanggan akan menempah dahulu dengan pembayaran dan produk akan dihantar pada masa-masa tertentu seperti yang telah ditetapkan oleh pihak PPT.
  2. Penghantaran produk akan bermula pada minggu ke-3 atau minggu ke-4 dari tarikh mula iklan atau tarikh-tarikh yang telah ditetapkan oleh PPT.
  3. Pembayaran hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup atau sebelum penghantaran bermula. 
  4. Pembayaran yang dibuat hendaklah disusuli dengan bukti pembayaran dan juga pelanggan digalakkan mengisi Borang Tempahan untuk rekod dan pemantauan kami bagi mengelakkan keciciran tempahan atau sebagainya yang tidak diingini berlaku.

READY STOCK

  1. Sekiranya terdapat stok yang sedia ada, tempahan akan sampai dalam masa 2 hingga 5 hari selepas tarikh pembayaran. (bergantung juga kepada pihak ketiga seperti PosLaju atau syarikat kurier yang lain)
  2. Penghantaran akan dilakukan selepas pembayaran diterima.
  

 PEMBAYARAN

  1. Sila pastikan anda tahu jumlah yang perlu dibayar sebelum membuat apa-apa transaksi. Sekiranya anda masih tidak pasti berapa jumlah yang perlu dibayar, sila hubungi pihak PPT untuk pengesahan atau SMS ke 017-3057643, Mohd Nazrin Salehuddin.
  2. Pembayaran boleh dilakukan ke akaun CIMB Bank: 12240070477523, Mohd Nazrin Bin Salehuddin.
  3. Sila 'scan' dan emelkan bukti pembayaran anda ke phenomenarz@yahoo.com.



* Terma dan syarat ini tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa oleh pihak Phenomenarz ProjecTee tanpa sebarang notis atau pemberitahuan.