Monday 14 May 2012

Part 2 - T-shirt untuk Suggies Lover .... "Sugar Glider - My Cutest Pocket Pet"


Part 2-

T-shirt untuk pencinta Sugar Glider edisi kedua kali ini di cetak depan dan belakang. Tempahan untuk PRE-ORDER dibuka hari ini, 14 Mei 2012 sehingga 31 Mei 2012 dan T-Shirt dijangka mula diedarkan pada 18 Jun 2012. Tarikh akhir terima bayaran juga pada 31 Mei 2012. Sekiranya terlepas tarikh ni, InsyaAllah akan dibuka untuk tempahan kedua pada tarikh yang akan ditetapkan nanti.

Harga PROMOSI untuk T-Shirt ini ialah RM26.00 sehelai (tidak termasuk harga pos). Bagi sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan, silalah rujuk pada Terma dan Syarat tempahan dan digalakkan mengisi Borang Tempahan untuk mengelakkan keciciran ataupun perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Sila berhubung dengan saya samada melalui email, SMS atau pun membuat panggilan terus kepada saya untuk sebarang pertanyaan.

Anda juga boleh ke http://www.facebook.com/admin.mysuggieszone (My Suggies Zone) untuk bertanyakan mengenai aksesori Sugar Glider. Terima kasih.:)



M. Nazrins
Phenomenarz ProjecTee


*Harga pada gambar-gambar di bawah adalah harga ASAL. Sila rujuk poster untuk harga promosi...:)







T-Shirt untuk Suggies Lover......."Sugar Glider - My Cutest Pocket Pet" - Part 1



Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Alhamdulillah......kali ini saya menerbitkan T-Shirt khas untuk pencinta Sugar Glider yang mana kini ianya menjadi satu trend di kalangan masyarakat kita membela haiwan yang comel ini. Tempahan untuk PRE-ORDER dibuka hari ini, 14 Mei 2012 sehingga 31 Mei 2012 dan T-Shirt dijangka mula diedarkan pada 11 Jun 2012. Tarikh akhir terima bayaran juga pada 31 Mei 2012. Sekiranya terlepas tarikh ni, InsyaAllah akan dibuka untuk tempahan kedua pada tarikh yang akan ditetapkan nanti.

Harga PROMOSI untuk T-Shirt ini ialah RM24.00 sehelai (tidak termasuk harga pos). Bagi sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan, silalah rujuk pada Terma dan Syarat tempahan dan digalakkan mengisi Borang Tempahan untuk mengelakkan keciciran ataupun perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Sila berhubung dengan saya samada melalui email, SMS atau pun membuat panggilan terus kepada saya untuk sebarang pertanyaan.

Dalam pada itu juga, satu lagi versi kedua untuk pencinta Sugar Glider akan dibuka tempahan hari ini juga. Sila lihat pada post yang seterusnya.

Sila hubungi saya sekiranya ada pertanyaan atau untuk keterangan lanjut. Sekian sahaja, terima kasih.



M. Nazrins
Phenomenarz ProjecTee


*Harga pada gambar-gambar di bawah adalah harga ASAL. Sila rujuk poster untuk harga promosi...:)







Friday 4 May 2012

Kenapa ISTIGHFAR???


Salam....entry kali ini saya akan menceritakan sedikit kenapa saya memilih ISTIGHFAR. Ok, seperti yang saya maklum, saya akan menghasilkan illustrasi2 pada T-shirt dalam pelbagai edisi dan konsep dan ISTIGHFAR adalah salah satu edisi yang saya khaskan untuk saya berkarya dengan konsep yang agak Islamik dan kerohanian. Perkataan ISTIGHFAR itu sahaja sudah memberi maksud yang sangat mendalam kepada mereka yang faham dan secara automatik samada dalam hati atau lisan kita akan mengucapkan ayat "ASTAGHFIRULLAHALAZIM". Sekurang-kurangnya kita akan ingat kepada Allah SWT walau seketika.

Motif untuk edisi ini adalah "Ingat mengingati sesama insan kerana Allah SWT". Kita lihat saja keadaan sekeliling kita yang kadangkala membuat kita leka dan lupa kepada-Nya seperti fitnah setiap masa, budaya negatif dan macam-macam lagi yang boleh merosakkan minda dan jiwa. Oleh itu, saya mengambil inisiatif untuk berkarya melalui T-Shirt yang serba sedikit dapat memberi peringatan secara langsung atau tidak langsung kepada Allah SWT atas segala kelalaian yang kita dah lakukan samada sedar atau tidak. Sekurang-kurangnya anda dapat menyebutnya sekali dalam sehari hidup anda dan InsyaAllah akan memberi kesan dalam seumur hidup anda dan jadikan ia satu terapi rohani kepada anda.

Saya berharap, karya saya dapat diterima oleh semua pihak dan saya juga mengalu-ngalukan cadangan yang membina untuk kemajuan kita bersama. InsyaAllah, semoga karya saya serba sedikit dapat membantu kita mendekatkan lagi diri kepada Allah SWT. InsyaAllah. Terima kasih. Wasalam.


Ikhlas,

M. Nazrins
Phenomenarz ProjecTee.

(InsyaAllah...edisi-edisi yang lain akan muncul dan juga siri ISTIGHFAR yang baru dalam pembikinan...InsyaAllah)