Thursday 27 December 2012

NARZ MN PhotoCreative - PhotoGift Series


Salam......sy ingin mempromosikan satu lagi Facebook Page saya iaitu NARZ MN PhotoCreative ...sesiapa yang berminat nak buat tempahan Mug, Pinggan atau apa saja, sila la lawat FB Page NMPC.....ada PROMOSI sebelum 31 Januari 2013..


Thursday 15 November 2012

Salam Maal Hijrah 1434





" Jiwa kacau, hati tak tenteram,
Bagai hidup, selamanya suram,
Usah diwaris dosa yang silam,
Kelak timbulnya, dendam semalam..."

" Seru nama-Nya, diberi hidayah,
Agar iman tidak goyah, hilang segala gundah,
Selagi mampu untuk bersyahadah,
Berkorban untuk-Nya, selangkah berhijrah....InsyaAllah..."

Selamat menyambut Awal Muharam 1434 Hijrah.....semoga tahun baru pada kali ini mebawa seribu satu perubahan dalam diri anda kearah kebaikan dan sentiasa diberi rahmat daripada Allah S.W.T. InsyaAllah. Hijrah satu pengorbanan, satu perjuangan......


M. Nazrins
Empunya
NMPC
My SuggiesZone
Phenomenarz ProjecTee 

Thursday 25 October 2012

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha



Salam Aidil Adha dari saya Mohd Nazrin Salehuddin kepada keluarga saya dan saudara mara saya, rakan2 yang mengenali saya dan juga kepada para pelanggan My Suggies Zone, Phenomenarz ProjecTee dan NARZ MN PhotoCreative.

Semoga kalian semua sentiasa di bawah lindungan Allah S.W.T dan memperoleh keberkatan dan rahmat dari-Nya. Amin....InsyaAllah....

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha.


M. Nazrins
Empunya
NMPC
My SuggiesZone
Phenomenarz ProjecTee 
 














Thursday 30 August 2012

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-55 tahun....Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!!







Selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia ke- 55 tahun......semoga Malaysia terus Aman, Makmur dan dilindungi Allah daripada segala bencana dan musibah dan diberkati-Nya selalu.......Amiin InsyaAllah......

M. Nazrins
Empunya
NMPC, My Suggies Zone dan Phenomenarz ProjecTee









Sunday 19 August 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin


Salam...

Kesempatan ini saya ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri" kepada keluarga saya dan saudara mara saya, rakan2 yang mengenali saya dan juga kepada para pelanggan yang pernah berjual beli dengan saya di My Suggies Zone, Phenomenarz ProjecTee dan NARZ MN PhotoCreative.

Mohon ampun dan maaf ke atas kesalahan yang pernah saya lakukan samada sedar atau tidak dan saya mohon halalkan makan dan minum sekiranya terambil secara sengaja atau tidak.

Saya mendoakan kepada anda semua semoga Syawal kali ini memberi seribu satu rahmat dan penuh keberkatan kepada anda semua dan juga keluarga anda. InsyaAllah.....Salam Syawal dari saya, Mohd Nazrin Salehuddin....Assalamualaikum:)


M. Nazrins
Empunya
NMPC
My SuggiesZone
Phenomenarz ProjecTee





Wednesday 18 July 2012

Salam Ramadhan Al-Mubarak







Assalamualaikum....sy memohon ampun dan maaf sekiranya ada terkasar bahasa atau perbuatan yang pernah menyinggung perasaan anda dan mohon halalkan makan dan minum saya samada sengaja atau tidak.

Kesempatan ini saya ingin mengucapkan "Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak" kepada semua yang mengenali diri saya. Semoga bulan Ramadan kali ini diberkati Allah Taala dan dipenuhi rahmat daripada-Nya...InsyaAllah...Salam Ramadhan....:)

M.Nazrins
Empunya
NMPC, My Suggies Zone,Phenomenarz ProjecTee.

Wednesday 4 July 2012

Salam Nisfu Syaaban








Salam....sy dengan rasa rendah dirinya memohon ampun dan maaf atas segala kesalahan ataupun kesilapan yang pernah saya lakukan sebelum ini samda dari segi zahir dan batin.....mohon halalkan makan dan minum saya selama ini juga......semoga dengan malam Nisfu Syaaban ini dapat memberikan kita hidayah untuk berhijrah ke arah yang lebih baik dan dimurahkan rezeki selalu...AAMIIN....InsyaAllah......:)


M. Nazrins
Empunya
Phenomenarz ProjecTee. 

gambar di copy dari: http://inijalanku.wordpress.com/2010/07/23/kelebihan-bulan-syaban-mlm-nisfu-syaban/
 

Monday 14 May 2012

Part 2 - T-shirt untuk Suggies Lover .... "Sugar Glider - My Cutest Pocket Pet"


Part 2-

T-shirt untuk pencinta Sugar Glider edisi kedua kali ini di cetak depan dan belakang. Tempahan untuk PRE-ORDER dibuka hari ini, 14 Mei 2012 sehingga 31 Mei 2012 dan T-Shirt dijangka mula diedarkan pada 18 Jun 2012. Tarikh akhir terima bayaran juga pada 31 Mei 2012. Sekiranya terlepas tarikh ni, InsyaAllah akan dibuka untuk tempahan kedua pada tarikh yang akan ditetapkan nanti.

Harga PROMOSI untuk T-Shirt ini ialah RM26.00 sehelai (tidak termasuk harga pos). Bagi sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan, silalah rujuk pada Terma dan Syarat tempahan dan digalakkan mengisi Borang Tempahan untuk mengelakkan keciciran ataupun perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Sila berhubung dengan saya samada melalui email, SMS atau pun membuat panggilan terus kepada saya untuk sebarang pertanyaan.

Anda juga boleh ke http://www.facebook.com/admin.mysuggieszone (My Suggies Zone) untuk bertanyakan mengenai aksesori Sugar Glider. Terima kasih.:)



M. Nazrins
Phenomenarz ProjecTee


*Harga pada gambar-gambar di bawah adalah harga ASAL. Sila rujuk poster untuk harga promosi...:)







T-Shirt untuk Suggies Lover......."Sugar Glider - My Cutest Pocket Pet" - Part 1



Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Alhamdulillah......kali ini saya menerbitkan T-Shirt khas untuk pencinta Sugar Glider yang mana kini ianya menjadi satu trend di kalangan masyarakat kita membela haiwan yang comel ini. Tempahan untuk PRE-ORDER dibuka hari ini, 14 Mei 2012 sehingga 31 Mei 2012 dan T-Shirt dijangka mula diedarkan pada 11 Jun 2012. Tarikh akhir terima bayaran juga pada 31 Mei 2012. Sekiranya terlepas tarikh ni, InsyaAllah akan dibuka untuk tempahan kedua pada tarikh yang akan ditetapkan nanti.

Harga PROMOSI untuk T-Shirt ini ialah RM24.00 sehelai (tidak termasuk harga pos). Bagi sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan, silalah rujuk pada Terma dan Syarat tempahan dan digalakkan mengisi Borang Tempahan untuk mengelakkan keciciran ataupun perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Sila berhubung dengan saya samada melalui email, SMS atau pun membuat panggilan terus kepada saya untuk sebarang pertanyaan.

Dalam pada itu juga, satu lagi versi kedua untuk pencinta Sugar Glider akan dibuka tempahan hari ini juga. Sila lihat pada post yang seterusnya.

Sila hubungi saya sekiranya ada pertanyaan atau untuk keterangan lanjut. Sekian sahaja, terima kasih.



M. Nazrins
Phenomenarz ProjecTee


*Harga pada gambar-gambar di bawah adalah harga ASAL. Sila rujuk poster untuk harga promosi...:)







Friday 4 May 2012

Kenapa ISTIGHFAR???


Salam....entry kali ini saya akan menceritakan sedikit kenapa saya memilih ISTIGHFAR. Ok, seperti yang saya maklum, saya akan menghasilkan illustrasi2 pada T-shirt dalam pelbagai edisi dan konsep dan ISTIGHFAR adalah salah satu edisi yang saya khaskan untuk saya berkarya dengan konsep yang agak Islamik dan kerohanian. Perkataan ISTIGHFAR itu sahaja sudah memberi maksud yang sangat mendalam kepada mereka yang faham dan secara automatik samada dalam hati atau lisan kita akan mengucapkan ayat "ASTAGHFIRULLAHALAZIM". Sekurang-kurangnya kita akan ingat kepada Allah SWT walau seketika.

Motif untuk edisi ini adalah "Ingat mengingati sesama insan kerana Allah SWT". Kita lihat saja keadaan sekeliling kita yang kadangkala membuat kita leka dan lupa kepada-Nya seperti fitnah setiap masa, budaya negatif dan macam-macam lagi yang boleh merosakkan minda dan jiwa. Oleh itu, saya mengambil inisiatif untuk berkarya melalui T-Shirt yang serba sedikit dapat memberi peringatan secara langsung atau tidak langsung kepada Allah SWT atas segala kelalaian yang kita dah lakukan samada sedar atau tidak. Sekurang-kurangnya anda dapat menyebutnya sekali dalam sehari hidup anda dan InsyaAllah akan memberi kesan dalam seumur hidup anda dan jadikan ia satu terapi rohani kepada anda.

Saya berharap, karya saya dapat diterima oleh semua pihak dan saya juga mengalu-ngalukan cadangan yang membina untuk kemajuan kita bersama. InsyaAllah, semoga karya saya serba sedikit dapat membantu kita mendekatkan lagi diri kepada Allah SWT. InsyaAllah. Terima kasih. Wasalam.


Ikhlas,

M. Nazrins
Phenomenarz ProjecTee.

(InsyaAllah...edisi-edisi yang lain akan muncul dan juga siri ISTIGHFAR yang baru dalam pembikinan...InsyaAllah)






Sunday 22 April 2012

PPT melancarkan ISTIGHFAR 2012.....tempahan dibuka sekarang....!!!!



Assalamualaikum.....alhamdulillah..... Dengan izin Allah, hari ini Phenomenarz ProjecTee melancarkan T-Shirt versi ISTIGHFAR 2012. Tempahan untuk "Pre-Order" dibuka hari ini, 22 April 2012 sehingga 18 Mei 2012 dan T-shirt akan mula diedarkan pada 21 Mei 2012 InsyaAllah.

Untuk edisi sulung kali ini, hanya 50 helai T-shirt sahaja dicetak bagi setiap design dan untuk cetakan pertama ini juga, PPT menawarkan harga PROMOSI iaitu RM 26 sehelai (tidak termasuk harga pos). Bagi sesiapa yang berminat untuk menempah T-Shirt keluaran Phenomenarz ProjecTee, silalah rujuk pada Terma dan Syarat tempahan dan digalakkan mengisi Borang Tempahan untuk mengelakkan keciciran ataupun perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Sila berhubung dengan saya samada melalui email, SMS atau pun membuat panggilan terus kepada saya untuk sebarang pertanyaan.

Saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang berminat untuk memiliki T-shirt keluaran sulung Phenomenarz ProjecTee dan saya harap produk yang saya hasilkan ini mendapat sokongan dan sambutan daripada anda semua dan juga memberi suntikan semangat kepada saya untuk menghasilkan karya yang terbaik selepas ini. 

Sekiranya anda ada mempunyai cadangan ataupun teguran yang membina, saya dengan rasa rendah diri mengalu-ngalukannya untuk saya perbaiki di masa akan datang untuk kebaikan bersama. Sekian sahaja. terima kasih.....Wassalam......

M. Nazrins
Phenomenarz ProjecTee.


*Harga pada gambar-gambar di bawah adalah harga ASAL. Sila rujuk poster untuk harga promosi...:)



Friday 13 April 2012

Istighfar....










 

Tempahan akan dibuka tidak lama lagi......

 

 

 

 

Dengan lafaz bismillah, M.Nazrins mencetuskan.....Phenomenarz Projectee


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada anda semua.

Bismillaahirrahmaanirrahim......


Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, pada hari ini, saya melancarkan satu lagi produk terbaru saya iaitu T-Shirt konsep bersiri yang saya jenamakan ia sebagai Phenomenarz ProjecTee (PPT). Ianya satu percubaan yang baru bagi saya untuk melangkah lebih jauh lagi dalam bidang percetakan dan pengeluaran T-shirt konsep yang mana saya banyak menekankan kepada illustrasi-illustrasi pada T-Shirt yang diilhamkan oleh saya sendiri. Setiap T-Shirt mempunyai versi tersendiri mengikut tema tertentu dan saya sasarkan kepada semua golongan masyarakat tidak kira apa juga komuniti yang ada di Malaysia ini.

Sebagai edisi sulung, saya akan terbitkan versi yang agak Islamik iaitu Versi Istighfar. Ada 3 "design" yang akan diterbitkan dan tempahan akan dibuka sikit masa lagi. Untuk penerangan Versi istighfar ini, sila baca pada post yang akan datang.

Perniagaan saya beroperasi secara "online boutique" kerana saya masih belum lagi ada premis untuk dijadikan butik dan tempat produksi. Untuk setiap cetakan pertama bagi semua edisi, saya menerima tempahan secara "Pre-Order" dan untuk "Ready Stock" pula akan dijual selepas itu sekiranya ada lebihan stok yang masih ada.

Saya dengan rasa rendah dirinya berharap perniagaan saya ini mendapat tempat di mata masyarakat di Malaysia dan saya juga mempersilakan kepada sesiapa sahaja yang sudi berkongsi ilmu dan juga tips-tips yang berguna dalam perniagaan T-shirt samada sebagai pencetak, pereka mahupun sebagai penjual untuk sama-sama memantapkan lagi bidang percetakan dan pengeluaran t-shirt di Malaysia. InsyaAllah.

Sekian sahaja daripada saya, Mohd Nazrin Bin Salehuddin, empunya Phenomenarz ProjecTee.....dengan lafaz Bismillaahirrahmaanirrahim, saya mencetuskan."PHENOMENARZ PROJECTEE"........terima kasih. Wasalam...


M. Nazrins