Friday, 4 May 2012
Kenapa ISTIGHFAR???
Salam....entry kali ini saya akan menceritakan sedikit kenapa saya memilih ISTIGHFAR. Ok, seperti yang saya maklum, saya akan menghasilkan illustrasi2 pada T-shirt dalam pelbagai edisi dan konsep dan ISTIGHFAR adalah salah satu edisi yang saya khaskan untuk saya berkarya dengan konsep yang agak Islamik dan kerohanian. Perkataan ISTIGHFAR itu sahaja sudah memberi maksud yang sangat mendalam kepada mereka yang faham dan secara automatik samada dalam hati atau lisan kita akan mengucapkan ayat "ASTAGHFIRULLAHALAZIM". Sekurang-kurangnya kita akan ingat kepada Allah SWT walau seketika.
Motif untuk edisi ini adalah "Ingat mengingati sesama insan kerana Allah SWT". Kita lihat saja keadaan sekeliling kita yang kadangkala membuat kita leka dan lupa kepada-Nya seperti fitnah setiap masa, budaya negatif dan macam-macam lagi yang boleh merosakkan minda dan jiwa. Oleh itu, saya mengambil inisiatif untuk berkarya melalui T-Shirt yang serba sedikit dapat memberi peringatan secara langsung atau tidak langsung kepada Allah SWT atas segala kelalaian yang kita dah lakukan samada sedar atau tidak. Sekurang-kurangnya anda dapat menyebutnya sekali dalam sehari hidup anda dan InsyaAllah akan memberi kesan dalam seumur hidup anda dan jadikan ia satu terapi rohani kepada anda.
Saya berharap, karya saya dapat diterima oleh semua pihak dan saya juga mengalu-ngalukan cadangan yang membina untuk kemajuan kita bersama. InsyaAllah, semoga karya saya serba sedikit dapat membantu kita mendekatkan lagi diri kepada Allah SWT. InsyaAllah. Terima kasih. Wasalam.
Ikhlas,
M. Nazrins
Phenomenarz ProjecTee.
(InsyaAllah...edisi-edisi yang lain akan muncul dan juga siri ISTIGHFAR yang baru dalam pembikinan...InsyaAllah)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment