Sunday 22 April 2012

PPT melancarkan ISTIGHFAR 2012.....tempahan dibuka sekarang....!!!!



Assalamualaikum.....alhamdulillah..... Dengan izin Allah, hari ini Phenomenarz ProjecTee melancarkan T-Shirt versi ISTIGHFAR 2012. Tempahan untuk "Pre-Order" dibuka hari ini, 22 April 2012 sehingga 18 Mei 2012 dan T-shirt akan mula diedarkan pada 21 Mei 2012 InsyaAllah.

Untuk edisi sulung kali ini, hanya 50 helai T-shirt sahaja dicetak bagi setiap design dan untuk cetakan pertama ini juga, PPT menawarkan harga PROMOSI iaitu RM 26 sehelai (tidak termasuk harga pos). Bagi sesiapa yang berminat untuk menempah T-Shirt keluaran Phenomenarz ProjecTee, silalah rujuk pada Terma dan Syarat tempahan dan digalakkan mengisi Borang Tempahan untuk mengelakkan keciciran ataupun perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Sila berhubung dengan saya samada melalui email, SMS atau pun membuat panggilan terus kepada saya untuk sebarang pertanyaan.

Saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang berminat untuk memiliki T-shirt keluaran sulung Phenomenarz ProjecTee dan saya harap produk yang saya hasilkan ini mendapat sokongan dan sambutan daripada anda semua dan juga memberi suntikan semangat kepada saya untuk menghasilkan karya yang terbaik selepas ini. 

Sekiranya anda ada mempunyai cadangan ataupun teguran yang membina, saya dengan rasa rendah diri mengalu-ngalukannya untuk saya perbaiki di masa akan datang untuk kebaikan bersama. Sekian sahaja. terima kasih.....Wassalam......

M. Nazrins
Phenomenarz ProjecTee.


*Harga pada gambar-gambar di bawah adalah harga ASAL. Sila rujuk poster untuk harga promosi...:)



Friday 13 April 2012

Istighfar....










 

Tempahan akan dibuka tidak lama lagi......

 

 

 

 

Dengan lafaz bismillah, M.Nazrins mencetuskan.....Phenomenarz Projectee


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada anda semua.

Bismillaahirrahmaanirrahim......


Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, pada hari ini, saya melancarkan satu lagi produk terbaru saya iaitu T-Shirt konsep bersiri yang saya jenamakan ia sebagai Phenomenarz ProjecTee (PPT). Ianya satu percubaan yang baru bagi saya untuk melangkah lebih jauh lagi dalam bidang percetakan dan pengeluaran T-shirt konsep yang mana saya banyak menekankan kepada illustrasi-illustrasi pada T-Shirt yang diilhamkan oleh saya sendiri. Setiap T-Shirt mempunyai versi tersendiri mengikut tema tertentu dan saya sasarkan kepada semua golongan masyarakat tidak kira apa juga komuniti yang ada di Malaysia ini.

Sebagai edisi sulung, saya akan terbitkan versi yang agak Islamik iaitu Versi Istighfar. Ada 3 "design" yang akan diterbitkan dan tempahan akan dibuka sikit masa lagi. Untuk penerangan Versi istighfar ini, sila baca pada post yang akan datang.

Perniagaan saya beroperasi secara "online boutique" kerana saya masih belum lagi ada premis untuk dijadikan butik dan tempat produksi. Untuk setiap cetakan pertama bagi semua edisi, saya menerima tempahan secara "Pre-Order" dan untuk "Ready Stock" pula akan dijual selepas itu sekiranya ada lebihan stok yang masih ada.

Saya dengan rasa rendah dirinya berharap perniagaan saya ini mendapat tempat di mata masyarakat di Malaysia dan saya juga mempersilakan kepada sesiapa sahaja yang sudi berkongsi ilmu dan juga tips-tips yang berguna dalam perniagaan T-shirt samada sebagai pencetak, pereka mahupun sebagai penjual untuk sama-sama memantapkan lagi bidang percetakan dan pengeluaran t-shirt di Malaysia. InsyaAllah.

Sekian sahaja daripada saya, Mohd Nazrin Bin Salehuddin, empunya Phenomenarz ProjecTee.....dengan lafaz Bismillaahirrahmaanirrahim, saya mencetuskan."PHENOMENARZ PROJECTEE"........terima kasih. Wasalam...


M. Nazrins