Friday, 13 April 2012

Dengan lafaz bismillah, M.Nazrins mencetuskan.....Phenomenarz Projectee


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada anda semua.

Bismillaahirrahmaanirrahim......


Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, pada hari ini, saya melancarkan satu lagi produk terbaru saya iaitu T-Shirt konsep bersiri yang saya jenamakan ia sebagai Phenomenarz ProjecTee (PPT). Ianya satu percubaan yang baru bagi saya untuk melangkah lebih jauh lagi dalam bidang percetakan dan pengeluaran T-shirt konsep yang mana saya banyak menekankan kepada illustrasi-illustrasi pada T-Shirt yang diilhamkan oleh saya sendiri. Setiap T-Shirt mempunyai versi tersendiri mengikut tema tertentu dan saya sasarkan kepada semua golongan masyarakat tidak kira apa juga komuniti yang ada di Malaysia ini.

Sebagai edisi sulung, saya akan terbitkan versi yang agak Islamik iaitu Versi Istighfar. Ada 3 "design" yang akan diterbitkan dan tempahan akan dibuka sikit masa lagi. Untuk penerangan Versi istighfar ini, sila baca pada post yang akan datang.

Perniagaan saya beroperasi secara "online boutique" kerana saya masih belum lagi ada premis untuk dijadikan butik dan tempat produksi. Untuk setiap cetakan pertama bagi semua edisi, saya menerima tempahan secara "Pre-Order" dan untuk "Ready Stock" pula akan dijual selepas itu sekiranya ada lebihan stok yang masih ada.

Saya dengan rasa rendah dirinya berharap perniagaan saya ini mendapat tempat di mata masyarakat di Malaysia dan saya juga mempersilakan kepada sesiapa sahaja yang sudi berkongsi ilmu dan juga tips-tips yang berguna dalam perniagaan T-shirt samada sebagai pencetak, pereka mahupun sebagai penjual untuk sama-sama memantapkan lagi bidang percetakan dan pengeluaran t-shirt di Malaysia. InsyaAllah.

Sekian sahaja daripada saya, Mohd Nazrin Bin Salehuddin, empunya Phenomenarz ProjecTee.....dengan lafaz Bismillaahirrahmaanirrahim, saya mencetuskan."PHENOMENARZ PROJECTEE"........terima kasih. Wasalam...


M. Nazrins

No comments:

Post a Comment